Salam..... Dah lama aku tak update blog ni.... Minggu lepas aku kat Melaka.....Inter Region Games (IRG2012) Hari ni baru mula kerja.... Untuk sesiapa yang mengalami tekanan di tempat kerja.... Ni...aku bagi satu tips yang aku ambil dari LPPKN...
" Tekanan tugasan tempat kerja sememangnya memberi kesan yang buruk untuk kehidupan seharian anda. Jika anda sering bekerja dalam keadaan tergesa-gesa,tertekan, kelam kabut, sudah tentu denyutan nadi serta jantung anda mengepam darah dalam keadaan tidak stabil dan akhirnya menyebabkan anda diserang penyakit darah tinggi dan migrain. Tidak cukup dengan itu, ketidakstabilan ini juga jelas terpancar di wajah kerana anda akan kelihatan murung, tidak gembira dan pastinya lebih mudah marah.Ini menjadikan minda kita tidak mampu bekerja dengan baik sekali gus menjejaskan kesihatan. Minda mampu berfungsi dengan baik apabila badan kita berada dalam keadaan yang tenang serta fikiran yang jernih. Oleh itu, ambillah waktu rehat sejenak apabila anda merasakan keadaan terlalu tertekan. Keluar berjalan-jalan, usah tinggalkan perkara wajib, iaitu solat, dan menghela nafas yang panjang bagi menambahkan kandungan oksigen yang akan dibekalkan ke otak.Anda tidak mampu melakukan banyak perkara di dalam satu masa. Jadi. belajarlah menangani stres sebaik mungkin kerana keseimbangan ini mampu mencipta kesempurnaan rohani dan jasmani di dalam diri anda... Berfikirlah Sejenak"