Monday, May 28, 2012

CERITA TENTANG KEKURANGAN

Cerita tentang kekurangan...

Salam sahabat,

Semoga anda semua sihat sejahtera dan dalam rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa.

Kebelakangan ini, ada satu perkara yang saya belajar. Bukan benda baru, dan bukan perkara luar biasa. Ianya adalah perkara yang tidak terjadi pada semua orang pun, cuma untuk orang2 macam saya saja benda ini berlaku.

Benda apa ek? Menerima diri sendiri.

Pelik la pulak, selama ni saya tak terima diri saya sendiri ker? Tak juga.Saya terima diri saya seadanya. Tapi tidak semua aspek kehidupan dan diri saya yg saya terima sepenuhnya. Saya tak tahu anda, tapi saya rasa tak ramai yg kena sakit macam ini. Walaupun tidaklah sakit mana pun, tapi sedikit sebanyak, ia beri kesan pada kehidupan kita.

Bila banyak baca tulisan2 berkaitan benda ini, satu benda yg saya rumuskan, bahawa sesesungguhnya, saya perlu menerima keadaan diri saya sepenuhnya. Supaya hidup saya akan lebih bahagia, supaya saya tidak akan terbeban dengan kelebihan dan tuah yg ada pada diri orang lain (yang tidak ada pada diri saya), dan supaya cita2 dan usaha saya untuk mencapai sesuatu dalam hidup tidak akan ada halangannya.

Maksud saya, bukanlah kita kena menerima segalanya pada diri dan kehidupan kita seadanya, tanpa ada usaha untuk memperbaiki, tidak. Tapi untuk perkara yang kita tidak boleh perbaiki, usahakan untuk gembira, bersyukur dan berpuashati dengan apa yg Allah berikan. Tidak ada kelebihan2 itu bukan bermakna kita tidak baik, tidak bermakna kita tidak bagus. Cuma perlu fokus, dan perlu terima ia, supaya tekanan dalam diri akan kurang, dan kita boleh hidup gembira seadanya kita.

Saya tahu ada orang diluar sana yg tidak berapa menerima diri mereka sebab 'kekurangan' yg ada, yang mungkin sebenarnya 'kelebihan' yg Allah bagi, hanya sebab kita tidak sedar saja apa kelebihannya. Kita sedih sebab kita gemuk, kita sedih sebab kita tidak secantik mana, kita sedih sebab kita tak berapa pandai, kita tak terima diri kita yg tidak pandai bergaul dengan orang, dan macam2 lagi kelemahan yang kita rasa ada pada diri. Dan kalau anda ada rasa2 begitu, buanglah jauh2. Saya cakap benda yg betul. Buangkan rasa itu jauh2, dan gantikan dengan rasa bersyukur dan gembiralah dengan apa yg anda ada. Mungkin 'ketiadaan kelebihan' itu buat anda lebih gembira sebenarnya. Anda tidak ada rupa, ada sebabnya. Anda gemuk, ada sebabnya. Anda pendiam, ada juga sebabnya. Anda tidak pandai, pun ada juga sebabnya.

Jika dirasakan boleh diubah, ubahlah pada yang lebih baik. Jika tidak boleh diubah, terimalah seadanya. Gembira dengan apa yg ada. Capailah apa yg anda ingin capai. Fokus pada kelebihan lain yg anda ada, dan itulah sebenarnya kelebihan yg Allah bagi untuk anda. Untuk anda gunakan, sekaligus untuk menguji anda. Jangan sekali-kali cuba nak bandingkan diri kita dan diri orang lain. Orang yg kita nampak ada sangat banyak kelebihan dalam diri dia, belum tentu sebahagia yang kita rasa dirinya itu.
Learn to accept yourself, be happy with what you have, and always strive for the best in life. May Allah bless us all.

Books

  • Novel Kisah Hidup Saidina Abu Bakar ( Sahabat Sejati )
  • Indahnya Hidup Bersyariat
  • Thick Face Black Heart