Wednesday, May 30, 2012

KEMBALI KE RAHMATULLAH

Assalamualaikum

Hari ni aku kehilangan seorang kawan yang dikira baik la jugak dengan aku....Selalu bermain badminton sekali. Tup-tup aku dapat panggilan dari seorang kawan bagitau yang beliau sudah kritikal(12.30 p.m).Aku terus ke hospital Seberang Jaya....Sanak saudara beliau sudah berada disitu.Walaupun aku dikira takut dengan darah aku gagahi juga demi seorang kawan....Sedih & hiba apabila melihat keadaan beliau yang teramat kritikal...Lebih kurang pukul 2.00 aku  balik office untuk menyambung semula tugas aku....Dalam pukul 2.20 - 2.35 aku dapat SMS yang beliau sudah pergi buat selama-lamanya.....Aku amat terkilan kerana tak sempat melawat beliau ketika sedang terlantar dihospital ( beliau ada call aku masa kat hospital )...menyesalnya aku..........

Untuk sahabatku Halim ....Aku memohon kepada ALLAH agar roh mu di tempat bersama-sama orang beriman...AL-FATIHAH.....

Monday, May 28, 2012

CERITA TENTANG KEKURANGAN

Cerita tentang kekurangan...

Salam sahabat,

Semoga anda semua sihat sejahtera dan dalam rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa.

Kebelakangan ini, ada satu perkara yang saya belajar. Bukan benda baru, dan bukan perkara luar biasa. Ianya adalah perkara yang tidak terjadi pada semua orang pun, cuma untuk orang2 macam saya saja benda ini berlaku.

Benda apa ek? Menerima diri sendiri.

Pelik la pulak, selama ni saya tak terima diri saya sendiri ker? Tak juga.Saya terima diri saya seadanya. Tapi tidak semua aspek kehidupan dan diri saya yg saya terima sepenuhnya. Saya tak tahu anda, tapi saya rasa tak ramai yg kena sakit macam ini. Walaupun tidaklah sakit mana pun, tapi sedikit sebanyak, ia beri kesan pada kehidupan kita.

Bila banyak baca tulisan2 berkaitan benda ini, satu benda yg saya rumuskan, bahawa sesesungguhnya, saya perlu menerima keadaan diri saya sepenuhnya. Supaya hidup saya akan lebih bahagia, supaya saya tidak akan terbeban dengan kelebihan dan tuah yg ada pada diri orang lain (yang tidak ada pada diri saya), dan supaya cita2 dan usaha saya untuk mencapai sesuatu dalam hidup tidak akan ada halangannya.

Maksud saya, bukanlah kita kena menerima segalanya pada diri dan kehidupan kita seadanya, tanpa ada usaha untuk memperbaiki, tidak. Tapi untuk perkara yang kita tidak boleh perbaiki, usahakan untuk gembira, bersyukur dan berpuashati dengan apa yg Allah berikan. Tidak ada kelebihan2 itu bukan bermakna kita tidak baik, tidak bermakna kita tidak bagus. Cuma perlu fokus, dan perlu terima ia, supaya tekanan dalam diri akan kurang, dan kita boleh hidup gembira seadanya kita.

Saya tahu ada orang diluar sana yg tidak berapa menerima diri mereka sebab 'kekurangan' yg ada, yang mungkin sebenarnya 'kelebihan' yg Allah bagi, hanya sebab kita tidak sedar saja apa kelebihannya. Kita sedih sebab kita gemuk, kita sedih sebab kita tidak secantik mana, kita sedih sebab kita tak berapa pandai, kita tak terima diri kita yg tidak pandai bergaul dengan orang, dan macam2 lagi kelemahan yang kita rasa ada pada diri. Dan kalau anda ada rasa2 begitu, buanglah jauh2. Saya cakap benda yg betul. Buangkan rasa itu jauh2, dan gantikan dengan rasa bersyukur dan gembiralah dengan apa yg anda ada. Mungkin 'ketiadaan kelebihan' itu buat anda lebih gembira sebenarnya. Anda tidak ada rupa, ada sebabnya. Anda gemuk, ada sebabnya. Anda pendiam, ada juga sebabnya. Anda tidak pandai, pun ada juga sebabnya.

Jika dirasakan boleh diubah, ubahlah pada yang lebih baik. Jika tidak boleh diubah, terimalah seadanya. Gembira dengan apa yg ada. Capailah apa yg anda ingin capai. Fokus pada kelebihan lain yg anda ada, dan itulah sebenarnya kelebihan yg Allah bagi untuk anda. Untuk anda gunakan, sekaligus untuk menguji anda. Jangan sekali-kali cuba nak bandingkan diri kita dan diri orang lain. Orang yg kita nampak ada sangat banyak kelebihan dalam diri dia, belum tentu sebahagia yang kita rasa dirinya itu.
Learn to accept yourself, be happy with what you have, and always strive for the best in life. May Allah bless us all.

Sunday, May 27, 2012

CERITA TENTANG IQBAL FAHREEN

Cerita tentang Iqbal Fahreen...

Salam semua

Hari ni saya ada satu kisah untuk dikongsi bersama.

Saya letak disini, sebab saya tahu jika umur saya panjang, saya akan baca lagi cerita ini, mungin 5,10, 15 tahun akan datang, insyaAllah. Kerana cerita ini buat saya menitis airmata di.Saya mmg kalah pada kisah2 berkaitan ibuayah dan anak2.Mudah sangat mata ni bergenang air. hehe.

Sahabat2 baca la kisah benar ini jika ada masa. Bukan apa pun, sekadar untuk mengingati diri bila diuji, supaya kita sedar bahawa apa yg Allah uji adalah apa yg kita mampu tanggung. Saya sangat bersyukur pada Allah kerana setakat hari ini, saya tidak diuji dengan ujian berat spt dalam cerita ini, kerana saya tahu Allah Maha Mengetahui kekuatan saya setakat mana dalam isu2 ini. Saya tak sanggup. 

anda bacalah....

-----------------------

Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.

Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.

Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.


Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.
Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"

Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.

Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu? Empat tahun dua bulan mak membesarkan Abang. Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya. Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita Abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir. Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum Abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari. Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis?

Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011- Perut Abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman Abang sudah rosak, sudah 'reput'. Tidak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk Abang.

26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah! Hah Hah.. Tergelak mak. Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah, Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur , tetapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang Abang minta. Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan Abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti. Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, Abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.

7 Mac 2011- Keadaan abang semakin kritikal. Perut abang semakin membesar. Abang tidak mampu untuk bergerak dan lebih banyak terbaring serta asyik sesak nafas. Mak semakin tidak tahan melihatkan keadaan Abang sebegini rupa. Mak bawa Abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat Abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan-lahan. Mak redha dengan ketentuan ilahi. Dalam hati mak juga terdetik, masa Abang sudah tidak lama lagi. Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan keadaan Abang? Mak cuma mampu untuk jawab, "InsyaAllah, Abang akan sihat!" Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tidak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu Abang sudah tiada harapan lagi. Mereka pun sedang bertarung dengan ujian Allah apabila anak-anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri yang telan.

13 Mac 2011- Hari ini merupakan hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa Abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah Abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan disaat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan Abang. Di rumah, setiap hari mak akan tanya, "Abang nak apa harini?"
Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab, "Mak, Abang nak naik kereta bomba!"

Mak termenung dengar permintaan Abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana?
Mak jawab, "Balai bomba!"

Sampai di situ, mak meminta izin daripada pegawai bomba. Mak kata padanya, Abang teringin sangat nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu cuma garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala. Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju Abang ke paras dada.

Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu, "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!" Bila lihat perut Abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tidak tunggu lama. Terus dicapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu. Lantas dia terus dukung Abang dan letakkan Abang ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembira sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Tetapi Abang tidak perasan, ketika itu mak palingkan muka selama lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.
Hari lain, mak tanya lagi pada abang, "Abang nak apa?"

Abang pun jawab: "Abang nak naik lori sampah!" Mak dukung Abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.

"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?" Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju Abang dan beritahu perkara sama. Terus berubah mimik wajah mereka. Segera mereka angkat Abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup untuk melihat Abang lama-lama. Sedih agaknya. Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Kalau Abang nak tengok gajah, mak akan bawa Abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa.

Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung Abang. Abang pinta nak tengok burung, mak bawa Abang ke taman burung. Abang nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja Abang nak pergi dan apa sahaja yang Abang inginkan, semuanya mak tunaikan! Setiap hari juga mak tanya Abang nak makan apa. Macam-macam Abang teringin nak makan. Murtabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung , rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu Abang pinta pada pukul 3.00 pagi.

Mak tahu dan faham, masa Abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Abang sudah tidak mampu untuk berkata-kata, apatah lagi untuk bergerak seperti biasa. Mata Abang kuyu dan Abang hanya mampu terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan Abang. Mak segera pinta abah bawa Abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!" Itulah kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.


5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama Kakak sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan Kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!" Mak pinta pada cikgu dan Kakak diizinkan pulang. Kemudian, Dr. Adura, doktor yang sinonim merawat abang juga datang melawat. Ketika itu mak ceritakan yang mak terkilan sangat tidak dapat tunaikan permintaan Abang yang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat Abang lagi. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk Abang tengah hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura datang membawa kek lori sampah yang Abang mahukan sebelum ini. Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr Adura rajin menulis mengenai kisah abang didalam blognya dan ramai yang menawarkan diri untuk menyediakan kek yang abang pinta. Para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk Abang. Tetapi abang kurang ceria, wajah Abang tampak letih dan nafas abang turun naik.

8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tetapi abang sangat lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu. Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah Abang, bacaanya meningkat naik. Tetapi hati mak dapat merasakan yang Abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan Abang berada di dalam bilik. Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah Abang, mak peluk dan usap rambut Abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada Abang, "Mak tahu Abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu Abang nak pergi. Jangan tahan-tahan Abang. Pergilah menghadap Ilahi. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa sahaja hajat yang Abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan Abang dalam hidup mak walaupun seketika."

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Mak juga berjanji bahwa mak tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia.

9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa Abang dah dekat sangat. Mak lihat Abang sudah kritikal. Wajah Abang sudah tampak biru, lebam! Dada Abang berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang sudah tidak mahu makan dan minum lagi sejak malam tadi. Pukul 8.00 pagi, abah dan kakak-kakak sampai. Mak suruh Kak Long bacakan Yaasin di sebelah Abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, Abang semakin lesu. Lantas mak ajak Abang keluar berjalan-jalan.

"Abang, abang nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung Abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi Abang hanya minum seteguk. Kemudian, Abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?" Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu. Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

"Abang ngantuk!" Itu kata Abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak. Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang. "Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak-kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja.

Sampai sahaja di wad, mak terus baringkan Abang di atas katil.

Dan Abang terus merintih dalam nada yang lemah, "Makkk..sakit perut..!"

Suara Abang amat perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi Abang.

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan Abang pergi. Mak halalkan segala makan minum Abang. Mak halalkan air susu mak untuk Abang. Pergilah Abang. Mak izinkan Abang pergi!" Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata Abang yang semakin kuyu. Saat Abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup Abang selagi Abang masih bernafas. Mereka kucup pipi Abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu Abang dengar kamu menangis! Jangan seksa Abang dengan tangisan kamu semua!" Mak marah mereka. Mak tidak mahu Abang lihat kami menangisi pemergian Abang. Mak tahu, Abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput Abang. Mak tidak mahu tambahkan lagi kesedihan Abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya. Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat Abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah Abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah.."

Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan Abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...

Pukul 3.50 petang, akhirnya Abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillahiwainnailahirajiun.

Mak kucup dahi Abang. Mak bisikkan di telinga Abang, "Tenanglah Abang di sana . Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak Abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"

Abang, sekarang mak sudah dapat jawapanya. Mengapa mak tidak menangis? Pertama, Abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti. Kedua, apa saja keinginan Abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak. Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat Abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk Abang. Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi Abang dan menggembirakan Abang setiap saat dan waktu. Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti Abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran Abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan. Mak telah beri segalan-galanya melebihi seratus peratus untuk Abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tidak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa Abang tapi... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran Abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar. Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahannya yang gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).


Al-Fatihah buat Allahyarham adik Iqbal Fahreen.

CERITA HARI CUTI

Semalam, saya bercuti. Dalam bercuti itu, saya sempat menonton satu cerita di TV. Kisahnya tentang bagaimana perlunya kita berbuat sesuatu yang baik pada orang yang kita sayang dan kasih, sewaktu kita masih ada peluang.Kalau kita sayang dia, tunjuklah sayang itu pada dia. Jika kita hargai diri dia, tunjukkan penghargaan itu sewaktu dia masih boleh merasanya. Jika kita sanggup berkorban untuk dia, tunjukkan juga. Paling penting, kalau kita berbuat salah padanya, mintalah kemaafan dia sewaktu masih ada peluang. Sebab kalau dia sudah tidak ada, kemana kita nak tunjukkan itu semua? Pada siapa? Kalau dia sekadar lari dari diri kita, mungkin kita boleh cari dia. Tapi kalau Allah sudah menjemput dia dari dunia? Dan ini adalah berkait dengan apa saja jenis perhubungan anda dengan orang itu, baik dia isteri, ibu ayah, anak2, sahabat sejati, dan apa sajalah.Jangan sampai satu hari anda terkilan dan ralat sendiri sebab sudah tidak ada peluang untuk menunjukkan pada dia apa yang dia perlu tahu dan rasa dari anda, sebab dia sudah dijemput pulang.Tetapi kalau ini sudah pun berlaku pada kita, perkara paling baik adalah untuk terus-terusan berdoa pada Allah, semoga dia akan dicucuri rahmat Allah selalu disana.Al-fatihah pada orang-orang kesayangan kita yang telah pulang...

Friday, May 25, 2012

KAWAN

Kawan bila rasa ingin menangis hubungilah aku aku takkan suruh kau berhenti menangis tapi...aku akan kata"aku ingin menangis dengan kau tapi tak leh lama sangat nanti habis air mata aku"
Kawan jika terasa nak larikan dirijauh dari masalah yg menyelubungi maklumkan aku aku takkan halang kau tapi... aku akan kata"berlarilah bersama aku untuk kau lupakan sementara masalah cuma jangan terlalu laju aku tak larat nak kejar kaki aku pendek." dan lepas itu aku juga akan kata"Kau tak boleh selamanya lari dari masalah, hadapi ia.


"Kawan jika kau kecewa keluargamu tak bahagia beritahulah aku aku takkan minta kau benci pada keluargamu tapi… aku akan kata"Kajilah punca kekecewaanmu, dan paling penting terimalah segala ketentuan Allah..."


Kawan jika kau kecewa dengan hubungan kawan kau tu satu hari nanti ceritalah pada aku aku takkan memburukkan tetapi aku akan kata"cubalah letakkan diri kau ke dalam dirinya,dan kau akan mengerti..."


Tetapi kawan jika suatu hari aku berdiam diri aku tak balas sms kau aku tak angkat panggilan dari kau hubungilah aku segera (kot emel ke, kot surat ke)sebab waktu itu aku ermmm... aku sangat perlukan kau (dan aku malu untuk mengakuinya) atau mungkin...aku telah kekal bersemadi diruang nan dalam dan sepi.

Thursday, May 24, 2012

NASIHAT AGAMA

1-Jika kamu menjaga hak-hak Allah SWT, Allah SWT akan menjaga hak-hak kamu.

” إذا لم تستح فاصنع ما شئت “

2-Jika kamu tidak malu kepada Allah SWT, lakukan apa yang kamu kehendaki.

” أطب مطعمك تكن مجاباالدعوة “

3-Elokkan makanan kamu, pasti Allah SWT memaqbulkan segala permintaan kamu.

” اتق الله حيثما كنت “

4- Takutlah kepada Allah SWT, walau dimana kamu berada.

” اتْبع السيئة الحسنة تمحها “

5- Balaslah kejahatan dengan kebaikan pasti kamu mendapat ganjarannya.

” خالقِ الناس بخلق حسن “

6- Berakhlaklah dengan manusia dengan sebaik-baik akhlak.

” اتق المحارم تكن أعبد الناس “

7-Takutlah kepada perkara-perkara dosa, pasti kamu akan menjadi Hamba Allah SWT terbaik.

” ارض بما قسم الله لك تكن أغنى الناس “

8-Redhalah dengan pembahagian Allah SWT, pasti kamu akan menjadi manusia paling kaya.

” أحبّ للناس ما تحبّ لنفسك “

9-Sayangilah manusia sebagaimana kamu sayang pada diri kamu sendiri.

” لا تُكثر الضّحك فإنّكثرة الضحك تميت القلب “

10- Jangan terlalu banyak ketawa, kerana dengan banyak ketawa boleh menyebabkan hati mati.

” الظّلم ظلمات يوم القيامة “

11-Kezaliman adalah kegelapan di Akhirat kelak.

” اتقوا الله واعدلوا في أولادكم “

12-Bertaqwalah kepada Allah SWT dan berlaku adillah kepada anak-anak kamu.

” اتق النار ولو بشقّ تمرة “

13- Jauhilah daripada api neraka walau sekadar bersedekah dengan sebiji tamar.

” اتقوا دعوة المظلوم “

14- Takutlah kepada doa orang-orang yang telah kamu zalimi.

” أثقل شيء في الميزان الخلق الحسن “

15- Perkara yang paling berat dalam timbangan Allah SWT adalah Akhlak dan Budi Pekerti yang mulia.

” التأني من الله والعجلة من الشيطان “

16-Bertindak dengan tenang adalah ajaran Allah SWT dan Gopoh-gapah adalah ajaran daripada syaitan.

” قلة المال أقلّ للحساب “

17-Orang yang sedikit harta, mendapat kiraan yang senang daripada Allah SWT.

” لا تغضب ولك الجنة “

18- Jika kamu tidak bersifat pemarah kamu akan miliki Syurga.

” أحبّ الأعمال إلىالله أدومها وإن قلّ “

19- Amalan yang paling Allah SWT sukai adalah amalan yang berterusan walaupun sedikit.

” أحب البلاد إلى الله مساجدها “

20-Tempat yang paling Allah SWT sukai dalam sebuah negeri adalah masjid.

” أبغض البلاد إلىالله أسواقها “

21-Tempat yang paling Allah SWT benci dalam sebuah negeri adalah pasar-pasar.

” أحبّ الطعام إلى الله ما كثرت عليه الأيدي “

22-Makanan yang paling Allah SWT sukai adalah makanan yang disedekah secara ramai-ramai.

” أحب الكلام إلى الله أن يقول العبد سبحان الله وبحمده “

23-Perkataan yang paling Allah SWT sukai adalah  :

سبحان الله وبحمده

” أحب الناس إلى الله أنفعهم “

24-Orang yang paling Allah SWT sukai adalah orang yang pandai mencari manfaat dalam  agama.

“أحبّ الأعمال إلى الله سرور تُدخله على مسلم “

25-Amalan yang paling Allah SWT sukai adalah amalan yang mendatangkan kesukaan kepada manusia.

” من كفّ غضبه ستر الله عورته “

26-Sesiapa dapat menahan kemarahannya, allah SWT akan menutup perkara yang memalukannya.

” سوء الخلق يُفسد العمل كما يُفسد الخلّ العسل “

27- Akhlak buruk adalah merosakkan amalan sebagaimana cuka merosakkan madu.

” أحبّ عباد الله إلى الله أحسنهم خلقا “

28- Hamba yang paling Allah SWT sayangi adalah hambanya yang paling Mulia Akhlaknya.

” إحذروا الدنيا فإنها خضرة حلوة “

29-Hati-hati dengan dunia kerana ianya elok pada pandangan dan manis pada citarasanya.

” إحفظ لسانك “

30-Jagalah lidah kamu.

” أدّ الأمانة إلى من ائتمنك “

31-Laksanakan amanah kepada mereka yang mempercayai amanah yang telah kamu miliki.

” لا تخن من خانك “

32-Janganlah kamu menipu kepada orang yang telah menipu kamu.

” أدعوا الله وأنتم موقنون بالإجابة “

33-Berdoalah kepada Allah SWT dalam keadaan yang kamu yakin kepada penerimaanya.

” بشروا ولا تنفروا “

34-Berilah berita gembira, janganlah kamu menakut-nakutkan seseorang.

” يسّروا ولا تُعسّروا “

35-Permudahkanlah sesuatu urusan, jangan kamu memayahkan sesuatu urusan.

” كل بيمينك وكل مما يليك “

36-Makanlah dengan tangan kanan dan makanlah apa yang kamu layak makan.

” إذا آتاك الله مالا فليُر أثر نعمة الله عليك “

37-Jika kamu didatangi nikmat atau harta, maka perhatikan kesan nikmat tersebut keatas diri kamu.

” إذا أتاكم كريم قوم فأكرموه “

38-Jika sesuatu kaum menganugerahkan kepada kamu kemulian, maka muliakan mereka.

” إذا أتاكم من ترضون دينه وخُلُقه فزوّجوه “

39-Jika kamu didatang seseorang lelaki untuk meminang anak kamu, dan dia memiliki nilai-nilai agama dan kemulian akhlak maka terimalah pinangannya atau kahwinkan dia.

” إذا أراد الله بأهل بيت خيرا أدخل عليهم الرّفق “

40-Jika Allah SWT menghendaki sesuatu ahli keluarga itu bahagia, Allah SWT akan mencampakkan perasaan Kasih Sayang dalam ahli-ahli keluarga tersebut.

” إذا أسأت فأحسن “

41-Jika manusia melakukan kejahatan kepada kamu, maka lakukanlah kebaikkan kepada mereka.

” إذا حاك في نفسك شيء فدَعْه

42-Jika ada orang melaga-lagakan kamu, biarkanlah dia

HADIAH TEMPAT KE-3

Assalamualaikum...


IRG meninggalkan  seribu kenangan.....banyak kenangan manis...tak kurang juga yang pahit....
Apapun let bygone be bygone....look forward.....

Hadiah tempat ke-3


Wednesday, May 23, 2012

GAMBAR KENANGAN DI BANDAR MELAKA

Assalamualaikum.....


Walaupun sibuk dengan IRG tapi aku sempat jugak lari keluaq pi bandar Melaka....Terima kasih kepada sahabat ku ( En Khairudin Bin Ismail from Treasury Dept ) sebab bawa aku p jalan-jalan...walaupun plan asal nak p makan-makan jer....Jasamu di Kenang......


Pemandangan waktu malam menyelusuri Melaka River

 Kampung Morten

 Cruise Passengers at 11.00 p.m


GAMBAR IRG

Assalamualaikum,....

Today is my hectic day.....

Tapi aku sempat jugak upload gambar IRG 2012....kat Uitm Lendu Melaka

Bergambar sebelum Opening Ceremony

Northern Region Supporters during Tug of War

Our Opponents from Southern Region

Jue,Juriah,Faridah & Gee

Pertukaran Cenderahati ( En Wan Azlan & Southern Region Rep)

Sunday, May 20, 2012

TERAPI MINDA

 
Salam..... Dah lama aku tak update blog ni.... Minggu lepas aku kat Melaka.....Inter Region Games (IRG2012) Hari ni baru mula kerja.... Untuk sesiapa yang mengalami tekanan di tempat kerja.... Ni...aku bagi satu tips yang aku ambil dari LPPKN...

" Tekanan tugasan tempat kerja sememangnya memberi kesan yang buruk untuk kehidupan seharian anda. Jika anda sering bekerja dalam keadaan tergesa-gesa,tertekan, kelam kabut, sudah tentu denyutan nadi serta jantung anda mengepam darah dalam keadaan tidak stabil dan akhirnya menyebabkan anda diserang penyakit darah tinggi dan migrain. Tidak cukup dengan itu, ketidakstabilan ini juga jelas terpancar di wajah kerana anda akan kelihatan murung, tidak gembira dan pastinya lebih mudah marah.Ini menjadikan minda kita tidak mampu bekerja dengan baik sekali gus menjejaskan kesihatan. Minda mampu berfungsi dengan baik apabila badan kita berada dalam keadaan yang tenang serta fikiran yang jernih. Oleh itu, ambillah waktu rehat sejenak apabila anda merasakan keadaan terlalu tertekan. Keluar berjalan-jalan, usah tinggalkan perkara wajib, iaitu solat, dan menghela nafas yang panjang bagi menambahkan kandungan oksigen yang akan dibekalkan ke otak.Anda tidak mampu melakukan banyak perkara di dalam satu masa. Jadi. belajarlah menangani stres sebaik mungkin kerana keseimbangan ini mampu mencipta kesempurnaan rohani dan jasmani di dalam diri anda... Berfikirlah Sejenak"

Saturday, May 12, 2012

My activities On Saturday

ASSALAMUALAIKUM Hari sabtu adalah hari yang aku tunggu2. .. biasanya start dr pukul 9.30 pagi aku dah nak main badminton.lebih kurang 2 jam main. ..hoha..hoha.. sampai rumah dalam pukul 12.00 terus cari makan.perut dah kenyang ha ap lagi....zzzzzzzzz.Bangun sembahyang zohor. .then buat lah apa yang patut...kalau malam ada kuliah maghrib ust plak yang aku dah lama jadi follower...aku p lah belajaq skit...untuk santapan rohani..habih ja mengaji aku terus bergegas main badminton plak...sampai pukul? !#% /*"

Thursday, May 10, 2012

MAKANAN SEIMBANG

Assalamualaikum
Kat bawah ni aku letakkan food pyramid untuk hangpa semua baca....tengok....teliti dan amalkan....Mari kita sama-sama amalkan.....bagus untuk kesihatan.....




Ciptaan terbaru Amarika Syarikat hasil daripada ilham First Lady Michelle Obama.

Kalau benda-benda baik gini, walaupun daripada Amarikalaknatullah, namun disebabkan ia adalah benda yang baik dan positive, maka kita disarankan agar mengikut. We are what we eat. Sesiapa yang ada kesedaran untuk makan secara sihat tetapi tidak tahu bagaimana caranya, maka anda boleh try portion yang disuggestkan oleh myplate ni. Berikut adalah sedikit tips daripada aku.


Cara-cara untuk mengaplikasikan myplate dalam kehidupan seharian.
  • Sediakan otak yang mempunyai kebolehan berimiginasi dan satu pinggan makan yang kosong. 
  • Tenung pinggan dan buat garisan imiginasi seperti yang tertera pada gambar di atas.
  • Berbekalkan nafsu makan yang minima, ambil lauk mengikut sukatan yang disarankan.
  • Ingat sayur dan buah-buahan haruslah mewakili separuh daripada pinggan. Disebabkan perkara ini sukar dilakukan makanya aku letak ia sebagai point no 4, bukan sambungan daripada point no 3. Ya know, to stress out how important it is.
  • Ingatlah sabda Rasulullah SAW "Berhenti sebelum kamu kenyang"


BERSEDIA UNTUK MATI

Tazkirah Jumaat

10 May 2012 

BERSEDIA UNTUK MATI

Kita tidak tahu bilakah masanya kita akan mati. Hanya Allah jua yang maha mengetahui. Adalah lebih selamat jika kita sentiasa bersedia untuk mati.

Antara persediaan yang boleh dilakukan :
  • Sentiasa melakukan amalan yang memberi pahala.
  • Sentiasa jauhi dari melakukan dosa.
  • Sentiasa bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah.
  • Mohon maaf dari orang yang kita ada kesalahan.
  • Sentiasa berdoa mohon keselamatan dan rahmatNya.
  • Sediakan wasiat.
  • Banyakkan amal jariah.
  • Ajarkan ilmu yang bermanfaat.
  • Didik anak agar menjadi anak soleh dan solehah.
  • Lunaskan hutang piutang.
  • Lazimkan zikir La ila ha illAllah moga menjadi akhir kalam nanti.
  • Sentiasa berperasaan khauf dan raja'.
  • Sentiasa berbaik sangka kepada Allah.
Rasulullah bersabda maksudnya: "Apabila mati anak Adam maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara iaitu: 1. Sedekah jariahnya 2. Ilmu yang bermanfaat 3. Anak yang soleh yang akan mendoakannya." (HR Muslim)

Dari Abu Ya'la Syaddad bin Aus ra. dari Nabi saw, beliau bersabda: Orang yang CERDIK ialah orang yang selalu menjaga dirinya dan beramal untuk bekalan sesudah mati.(HR Tirmidzi)

"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang terjauh daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)
 

Wednesday, May 9, 2012

LAGI CERITA LANGKAWI

Salam,

Masa kat Langkawi perkara yang paling aku frust tak dapet naik Cable Car tu.....

Yearly Maintenance lah.....yang tu lah.......macam - macam aihhhh.....

Udahlah kami datang dari jauh.................






Monday, May 7, 2012

TRIP TO LANGKAWI

Salam....

Lebih kurang seminggu atau 2 minggu blog aku sepi ja.....

Bukan nya sibuk sangat....tapi aku ada hal skit....

Ha ni dia aku letakkan gambar...ko orang ushar la sendiri no......

Kalau hangpa semua nk tau nama kami berempat semua bermula dengan mohd........ tu yang ada chemistry tu...............

Walaupun Langkawi is just next door.....but its not about the place that counts, its about with whom you spend your precious time with
==>



Ni gambar kami dok ambil breakfast la konon...sebenarnya kami dah makan pun kat rumah Nizam...Makcik (Mak Nizam) siap bagi ketupat lagi...aku plak teramat suka ketupat tu....teringat plak kat arwah mak aku....rasanya pehhhh marvelleous giler....Anyway thank you Makcik.....

Ni la motel kami.....ala kadar aje...cuma untuk berehat kejap jer....
Cantik gilerr gambar ni.......lokasi sebelum memasuki makan mahsuri...
On the way to Tasik Dayang Bunting....Alahai Jad malu la konon......

Beras Basah Island (Dari Kiri)Mohd Nizam.Mohd Izwan,Mohd Fadzil & Mohd Nizar

Dataran Helang Langkawi....

Tu dia......
Haji Ismail Group Kedai Chocolate.....Kalau hangpa nak tau Haji Ismail Group ni boleh jumpa kat mana-mana di Langkawi.....

Dua sahabat baik......Loves are temporary but friends are forever

Pantai Chenang - Lokasi Challlet Kami.....



Books

  • Novel Kisah Hidup Saidina Abu Bakar ( Sahabat Sejati )
  • Indahnya Hidup Bersyariat
  • Thick Face Black Heart