Assalamualaikum...
Setiap kali Rasulullah SAW mengirim pasukan tentera yang disertai Zaid bin Harithah, pasti dia yang selalu di lantik oleh baginda menjadi pemimpinnya.Aisyah pernah berkata: " Andainya dia masih hidup susudah Rasulullah,tentulah dia akan diangkat sebagai khalifah".Zaid, seperti diriwayatkan ahli sejarah, bertubuh pendek dengan kulit coklat kemerah-merahan dan hidung agak pesek, mempunyai riwayat hidup yang luar biasa hebatnya.
Diculik perompak
Beliau pernah diculik oleh perompak Badwi merompak tempat tinggal keluarga sebelah ibunya dan dijual oleh perompak untuk dijadikan hamba. Zaid yang dibeli oleh Hakim bin Hizam diserahkan kepada ibu saudara Hakim iaitu Khadijah yang sudah menjadi isteri Rasulullah..
Khadijah memberikan hamba sahayanya itu sebagai pelayan kepada Rasulullah. Baginda menerimanya dengan senang hati kemudian dimerdekan.Sepanjang bersama Baginda, Zaid diasuh dan dididik dengan kelembutan serta kasih sayang seperti anak sendiri.
Hinggalah akhirnya, sampai berita kepada bapanya Harithah bahawa anak kecilnya yang diculik dulu kini berada di Makkah, lalu terus ke sana untuk meminta supaya anak dipulangkan dengan menerima bayaran pampasan.
Rasulullah sedah hati Zaid sudah terpaut kepadanya tetapi baginda tahu hak seorang ayah terhadap anaknya. Lalu baginda memberi pilihan kepada Zaid untuk memilih sama ada tinggal bersamanya atau dikembali kepada Harithah..
Ahli waris Rasullullah
Baginda bersyukur apabila Zaid memilih dirinya lalu dibawa Zaid di depan Kaabah tempat orang Quraisy berkumpul kemudian berseru: " Saksikan oleh kamu semua. Mulai saat ini, Zaid ialah anakku yang menjadi ahli warisku dan aku jadi ahli warisnya.
Harithah gembira kerana anaknya bukan saja kembali bebas merdeka, malah diangkat sebagai anak oleh insan yang mulia. Sejak itu Zaid dipanggil Zaid bin Muhammad. Ketika menerima wahyu yang pertama, Zaid adalah orang kedua memeluk islam.
Begitulah kedudukan Zaid, dan beliau meninggal dunia ketika memimpin tentera islam di medan Perang Muktah. Selepas gugur, tentera islam dipimpin oleh Jaa'far bin Abu Talib, yang syahid dan diganti pula Abdullah bin Rawahah yang turut gugur. Kaum Muslimin di pimpin Khalid bin Al-Walid hingga mencapai kemenangan...
Di ubah suai daripada buku 100 Pahlawam Syurga
No comments:
Post a Comment