Monday, April 16, 2012

PLAZA KUBANG SEMANG FAMILY DAY

Salam,

Hari Keluarga Warga Tol Kubang Semang...Sekalung tahniah untuk semua yang menjayakan program ini...

HARI KELUARGA PLAZA TOL KUBANG SEMANG
Hari keluarga KSTP telah diadakan pada 15/04/2012 bertempat di HUTAN LIPUR SEDIM.Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti acara sukaneka bagi kanak-kanak dan juga ahli keluarga yang hadir.Tujuan hari keluarga ini diadakan adalah bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara jurutol dan penyelia disamping beriadah bersama keluarga.

Tuan Pengerusi....Encik Hashim Mustapha.....

Setiausaha : Puan Norizan Abd Samad

Bendahari : Saudara Hazli Bin Nordin

AJK          : Aini binti Ahmad
                  Fazlina Md Osman
                  Hasril Hashim


Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana dengan izinNya kita semua dapat berkumpul dalam suasana yang gembira disamping keluarga tersayang, walaupun tidak semua ahli KSTP dapat hadir pada sambutan hari keluarga pada tahun ini, saya yakin mereka tetap menyokong apa jua program yang dianjurkan oleh AJK yang terpilih kali ini.

Dengan izin Allah SWT juga, kita diberi kesempatan untuk berehat dan meluangkan masa bersama-sama, jauh dari kesibukan harian dan tugasan di plaza, semoga kita dapat menggunakan kesempatan ini sepenuhnya untuk bergembira dan melepaskan tekanan yang dialami di tempat kerja.

Dalam kita bersukaria di sepanjang program ini, diharapkan kita tidak melupakan objektif utama hari keluarga ini diadakan, selain mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan kakitangan KSTP , program ini juga memberi peluang kepada semua ahli KSTP dan keluarga masing-masing untuk saling kenal mengenal antara satu sama lain. Dengan mengenali ahli keluarga rakan sekerja, kita akan lebih memahami personaliti mereka dengan lebih baik dan dapat membina keakraban yang lebih kukuh samada semasa waktu bekerja ataupun diluar waktu kerja, kita juga akan akan mengenal tanggungjawab diri dan rakan kita yang lain terutamanya apabila mereka ditimpa kesusahan. Ini adalah kerana selain dari tanggungjawab mencari rezeki yang halal, kita juga diamanahkan untuk menjaga isteri dan anak masing-masing kerana firman Allah SWT di dalam Surah Al-Kahfi yang berbunyi:
الْمَالُ وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَالْبَاقِيَاتُ الصَّالِحَاتُ خَيْرٌ عِندَ رَبِّكَ ثَوَابًا وَخَيْرٌ أَمَلًا
“Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan.” [Al-Kahfi: 46]

Dalam menjalankan tugas seharian, keluarga memainkan peranan penting selain diri sendiri yang menjadi faktor pendorong kepada kemajuan dan produktiviti. Kiasan kata, institusi keluarga sebagai baja kepada pokok-pokok yang rendang, dengan baja yang baik pokok akan menjadi subur dan sihat, maka banyaklah faedah yang boleh didapati, dari rantingnya akan datang burung membuat sarang, manusia dan haiwan akan datang berteduh, buah-buahnya akan dinikmati dan dedaunnya menghasilkan oksigen untuk manusia bernafas. Tetapi pokok yang tidak dibaja ianya akan tetap hidup tetapi dalam keadaan yang daif, dedaunnya kurang, buahnya tidak seperti diharapkan lebih malang lagi umur pokok tersebut mungkin tidak panjang, begitu juga dengan keluarga, keluarga yang bahagia akan menjadi inisiatif kepada kita supaya kerja dengan lebih jujur dan amanah serta bersungguh-sungguh. Hasilnya akan dinikmati oleh orang ramai dan keluarga akan memperolehi rezeki yang halal lagi barokah.

Hutan Sedim, nama diberi

Dalam daerah, Kulim Kedah,

Suasananya cantik, indah berseri,

Puas berkelah, suasana meriah.



































































 


 Yang ni teka sapa dia......jurutol ka atau sapa











 Yang ni confirmed anak BOB.....



 Nasrul & Isteri











Steady Tuan Presiden



 Zubaidah Control Ayu.....




 Hadiah Kemenangan
 Makcik Timah Turut sama memeriahkan lagi program...


 Niiiii.....Cowboy mana plak ni.....Hashim Jangan Mare ekkkkkk


 Wei Jad....ehem...ehem...ada apa2 ker......



 Chik!!!!! pandai ka masak tu......
 Tu dia Siti Kholijah......Senyum Sokmo





 Encik Ghani Makan pun senyum......



 Inilah yang dikatakan kanak-kanak....pantang jumpa ayaq......

 Kebakaran!!!!kebakaran!!!!kebakaran









 Sahabat setia......


 Anak sulung BOB.....Macam aya ka @ BOB




 Chik....Konon-konon terror masak la tu......ka tengah ayat Ema


 Makan Time



No comments:

Post a Comment

Books

  • Novel Kisah Hidup Saidina Abu Bakar ( Sahabat Sejati )
  • Indahnya Hidup Bersyariat
  • Thick Face Black Heart